Friday, February 10, 2012

7. jom memperbaiki iman dan amal kita..



Iman 
 1 perkara yang sangat penting 
dan sangat-sangat berharga. 
Sebab itulah Syaitan sentiasa mahu mencuri iman kita. 
Syaitan tak curi wang ringgit kita, 
dia tak curi kereta kita,
dia tak curi harta benda kita.
 Kenapa? 
Sebab Syaitan tahu, 
iman adalah terlebih mahal dari semua itu. 
Iman adalah benda yang paling berharga dan paling bernilai.



ada org tny
macamana plak nak tau level iman kite da trun?
blh nampk ke?



Berikut adalah antara tanda-tanda berkurangnya iman. Mari kita check sama-sama. Ada tak tanda-tanda ini pada kita?
  1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak rasa bersalah.
  2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  7. Berat dalam mengingat Allah.
  8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.




Kalau nak perbaiki iman, kita kena ambil kira perkara berikut ;
  • kena ada azam atau keinginan yang kuat untuk buat islah atau perbaiki diri
  • kena jaga makan minum…pastikan makanan/minuman kita halal
  • kena kurangkan makan supaya badan tak jadi malas dan ‘berat’
  • kena banyak mujahadah
  • kena susah payah lawan nafsu dan perasaan
  • kena paksa diri untuk lawan nafsu
  • kena paksa diri untuk pergi masjid…solat berjemaah di masjid
  • kena paksa diri untuk baca quran sentiasa…atau setidak-tidaknya dengar orang baca Quran
  • kena paksa diri untuk selalu istighfar, mohon ampun pada Allah atas kelemahan
  • kena paksa diri untuk zikir sekurang-kurangnya 300 pagi dan 300 petang
  • kena buat majlis ta’lim di rumah (Baca hadith dan kisah-kisah para sahabat.)
  • kena banyak mendengar ceramah-ceramah agama
  • kena baca buku atau majalah yang dapat memberikan ‘input‘ positif
  • kena bergaul dengan orang-orang yang baik perangai
  • kena cari kawan yang dapat mengingatkan atau menegur kelemahan
  • kena selau ingat dosa, koreksi dan muhasabah diri
  • kena selalu berdoa, merintih, merayu mohon pada Allah supaya diberikan/dikekalkan hidayah…doa lagi dan lagi dengan penuh harapan

Kata kunci atau keyword bagaimana untuk perbaiki iman ialah ;
  1. AZAM atau KEINGINAN mesti kuat
  2. Kena PAKSA DIRI
  3. Terus merayu, menagih, MOHON HIDAYAH daripada ALLAH SWT supaya membantu kita .

Cubalah buat semua perkara yang  dinyatakan diatas. Kalau tak boleh buat semua pun, buatlah sebanyak mana yang mampu. Lakukan dengan istiqamah. InsyaAllah kita pasti merasai kesannya.
Semoga Allah bagi kekuatan pada kita semua untuk perbaiki iman dan pertingkatkan amalan. Amin.

reference: