Wednesday, August 7, 2013

KERANA MULUT BADAN BINASA.


Pernah dengar peribahasa ni? Memang ada kalanya kita rasa peribahasa lama-lama ni tidak dapat digunakan pada masa kini. Tapi, pernah tak kita fikir sejenak kenapa peribahasa sebegini wujud.? Sudah tentu ada signifikannya.

Manusia mudah melepaskan kata-kata dengan lancar keluar dari mulut. Di saat hati yang panas membara, pelbagai kata-kata yang bakal menyinggung hati dan perasaan orang yang mendengar bakal kita ungkapkan. Kenapa? Kenapa kita begitu lemah melawan nafsu amarah itu? Kenapa kita membiarkan sahaja syaitan dan perasaan marah itu menguasai diri kita? Bukan kah Islam mengajar untuk kita sentiasa mejaga hati oang lain? Islam juga mengajar kita supaya berkata sesuatu yang baik kalau tidak mampu… maka.. DIAM.

Andai ada segelumit pun perasaan benci kita , jangan pernah kita memperlekehkan perasaan saudara seagama kita.. lebih-lebih lagi ahli keluarga kita sendiri. JANGAN!

Manusia memang tidak pernah lari dari berbuat dosa, salah dan silap.. tapi, bukankah kita sudah diajar untuk meminta MAAF. Kenapa begitu sukar untuk kita melafazkan perkataan maaf dari mulut? Risau EGO kita jatuh? Meminta MAAF tidak ada batasan umur, pangkat mahupun darjat yang mampu dijadikan ukuran bagi menentukan siapa yang sepatutnya melafazkan uapan MAAF terlebih dahulu.

Tak sempurna iman seseorang Muslim jika dia masih menyakiti hati saudara seIslam yang lain. Begitu besar pengaruh menghormati perasaan orang lain. Ingat jangan hanya sibuk mencari kemaafan dari orang yang jauh je. Contohnya kawan-kawan yang tak duduk sekali mengahadap muka tiap-tiap hari. Mulakan dari keluarga dan kaum kerabat terdekat dulu. Lebih-lebih lagi orang yang kita sentiasa jumpa. Ok? 

Tak perlukan modal yang banyak pun. EGO tu kena buang. Itu pun antara sifat-sifat mazmumah yang WAJIB kita hindari. Dak ke IBADAH juga tu.. kan?


Salam Aidilfitri! Kullu am wa antum bikhair.