Pernah dengar peribahasa ni? Memang ada kalanya kita
rasa peribahasa lama-lama ni tidak dapat digunakan pada masa kini. Tapi, pernah
tak kita fikir sejenak kenapa peribahasa sebegini wujud.? Sudah tentu ada
signifikannya.
Manusia mudah melepaskan kata-kata dengan lancar keluar
dari mulut. Di saat hati yang panas membara, pelbagai kata-kata yang bakal
menyinggung hati dan perasaan orang yang mendengar bakal kita ungkapkan. Kenapa?
Kenapa kita begitu lemah melawan nafsu amarah itu? Kenapa kita membiarkan
sahaja syaitan dan perasaan marah itu menguasai diri kita? Bukan kah Islam
mengajar untuk kita sentiasa mejaga hati oang lain? Islam juga mengajar kita
supaya berkata sesuatu yang baik kalau tidak mampu… maka.. DIAM.
Andai ada segelumit pun perasaan benci kita , jangan
pernah kita memperlekehkan perasaan saudara seagama kita.. lebih-lebih lagi
ahli keluarga kita sendiri. JANGAN!
Manusia memang tidak pernah lari dari berbuat dosa,
salah dan silap.. tapi, bukankah kita sudah diajar untuk meminta MAAF. Kenapa
begitu sukar untuk kita melafazkan perkataan maaf dari mulut? Risau EGO kita
jatuh? Meminta MAAF tidak ada batasan umur, pangkat mahupun darjat yang mampu
dijadikan ukuran bagi menentukan siapa yang sepatutnya melafazkan uapan MAAF
terlebih dahulu.
Tak sempurna iman seseorang Muslim jika dia masih
menyakiti hati saudara seIslam yang lain. Begitu besar pengaruh menghormati
perasaan orang lain. Ingat jangan hanya sibuk mencari kemaafan dari orang yang
jauh je. Contohnya kawan-kawan yang tak duduk sekali mengahadap muka tiap-tiap
hari. Mulakan dari keluarga dan kaum kerabat terdekat dulu. Lebih-lebih lagi
orang yang kita sentiasa jumpa. Ok?
Tak perlukan modal yang banyak pun. EGO tu
kena buang. Itu pun antara sifat-sifat mazmumah yang WAJIB kita hindari. Dak ke
IBADAH juga tu.. kan?
Salam Aidilfitri! Kullu am wa antum bikhair.
No comments:
Post a Comment